Monday, January 3, 2011

Artis Indonesia Yang Merokok!!!

Senarai Artis Wanita Indonesia Yang Merokok

Siapa sangka Luna Maya dan Dian Sastrowardoyo juga masing-masing perokok. Selepas pendedahan senarai artis wanita Malaysia yang merokok disiarkan, kali ini kami akan mendedahkan pula Senarai Artis Wanita Indonesia Yang Merokok. Artikel ini bukanlah bertujuan mendedahkan aib mereka (artis) yang tersenarai, ini kerana mereka sendiri menganggap perbuatan mereka itu tiada salahnya sama ada di sisi agama atau adap budaya. Jika mereka sendiri tidak menganggapia mengaibkan, mengapa kita pula bimbang mengenainya?

Bimbang pula penulis apabila masih ramai warga Malaysia yang gemar menonton sinetron Indonesia. Lebih buruk lagi, ada juga yang mula terikut dengan beberapa pengaruh yang cuba ditonjolkan dalam sinetron Indonesia. Ada juga yang menjadikan artis wanita Indonesia ini sebagai contoh.

1. Luna Maya
Luna Maya yang dilahirkan pada 26 Ogos 1983 merupakan kekasih kepada vokalis Peterpan, Ariel. Luna Maya pernah membintangi sebuah filem Kabir Bhatia bertajuk Love. Nama Luna Maya bukan sahaja terkenal di Malaysia dan Indonesia, malah hingga ke Jepun, bahkan benua Afrika. Semuanya gara-gara satu 'kes peribadinya' bersama Ariel menjadi berita utama di seluruh dunia.

2. Dian Sastrowardoyo
Dian ialah pelakon yang pernah popular dengan filem Ada Apa Dengan Cinta. Namun sejak filem debutnya itu, nama Dian Sastro semakin kurang menjadi sebutan dikalangan peminat.
3. Nabila Syakieb
Namanya semakin dikenali di Malaysia apabila sinetron Cinta dan Anugerah, lakonannya bersama Asfraf Sinclair ditayangkan tidak lama dahulu. Wajah ayu dan lembut tidak menghalang Nabila menyertai senarai artis-artis Indonesia yang merokok.

5. Tyas Mirasih
Bekas teman wanita Bams Samsons yang juga pernah dikaitkan dengan Raffi Ahmad ini pernah berlakon dalam sebuah filem yang pernah ditayangkan di Malaysia, Air Terjun Pengantin. Dalam filem ini, pelakon watak Rrama dalam filem CicakMan 2: Planet Hitam, Tamara Bleszynski turut sama berlakon.
Sekian sahaja, jika anda mempunyai sebarang sumber sama ada video atau gambar bolehlah berkongsi dengan kami. Tinggalkan apa-apa maklumat di laman Facebook kami atau diruang komen. Sebenarnya masih ramai artis wanita Indonesia yang merokok, tetapi hanya yang dikenali sahaja penulis siarkan.

No comments:

Post a Comment